Sunday, March 1, 2015

Laporan Mek Mulung 28.2.2015

PENGENALAN
Pementasan Mek Mulung Putera Cahaya Bulan di Istana Budaya lebih kepada tujuan hiburan untuk tontonan ramai bagi pendidikan dan sosial pada masa kini mengenai teater tradisional Mek Mulung. Pada awal kewujudan Mek Mulung di Legor Siam untuk tujuan berubat lama kelamaan ia menjadi satu sumber hiburan dan pengumpulan warga setempat untuk melihat acara berubat.
Persembahan Mek Mulung hampir sama dengan Mak Yong yang berasal dari Kelantan dari segi lakonan , nyanyian , tarian dan muzik serta watak-watak utama seperti Raja, Pemaisuri , peran , istana dan sebagainya. Perbezaannya boleh dikenalpasti melalui loghta(dialek) , busana , bunga tarian dan struktur persembahan.
Putera Cahaya Bulan merupakan suami kepada Nang Mera. Nang Mera mendapat mimpi yang disangak satu mimpi yang aneh, lalu Nang Mera meminta inang memberitahu kepada Putera Cahaya Bulan untuk mengenal pasti mengenai mimpi itu.
Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Kedah tua dan sukar difahami bagi yang bukan berasal dari Kedah. Loghat(dialek) yang digunakan perlu penelitian yang jelas dalam mendengar. Pihak Istana budaya menyediakan satu skrin kecil untuk menceritakan jalan cerita secara ringkas dalam sarikata Bahasa inggeris. Bagi pengunjung luar tak kira dari Malaysia mahupun luar Negara dapat memahami dan berhibur bersama menonton pementasan itu bersama.



FUNGSI
1.      Hiburan
Pementasan Mek Mulung Putera Cahaya Bulan lebih kepada hiburan. Perkara ini kerana dari mula buka gelanggang tiada bacaan mantera atau jampi serapah untuk memuja sesuatu atau menyeru setrum untuk berubat ataupun membuang angin Mek Mulung.
Pementasan Mek Mulung Putera Cahaya Bulan mempunyai pelbagai watak yang menarik perhatian dan melucukan. Sebagai contoh Peran pengasuh Putera Cahaya Bulan iaitu Awang Pengasuh dan Awang Selamat. Lakonan mereka lebih kepada improvasi dan banyak menyentuh kehidupan pada masa kini.
Selain itu , watak Edeng dan Epong juga mempunyai unsur lucu. Perwatakan mereka yang bersahaja membuat penonton ketawa. Mempunyai sifat yang lembut dan bersahaja mampu membuat seluruh istana budaya bergelak tawa. Walaupun mempunyai kuasa sakti dalam ilmu persilatan tetapi ia tidak ditunjukkan secara logic mahupun secara benar diatas pentas kerana pementasan itu sekadar untuk hiburan semata-mata.
Seluruh jalan cerita tiada unsur yang mengaitkan pemujaan dan sepenuhnya untuk hibura semata-mata. Setiap dialog yang dilafazkan lebih kepada improvasi. Dari segi social , pelbagai peringkat umur yang menonton Pementasan Mek Mulung Putera Cahaya Bulan. Secara rambang melalui apa yang dilihat , golongan dari universiti yang ingin mendapatkan pengetahuan majority di dalam Istana Budaya. Seterusnya diikuti golongan dewasa peringkat usia 40 tahun hingga 55 tahun menonton pementasan tersebut dan selebihnya dating secara bekeluarga dan membawa anak-anak mereka.
Pementasan Teater Mek Mulung Putera Cahaya Bulan juga untuk tujuan social dan pendidikan secara tak langsung kepada penontong yang hadir.
PELAKON DAN LAKONAN
Putera Cahaya Bulan
Putera Cahaya Bulan merupakan pemerintah Negeri Selindungan Bulan dan suami kepada Puteri Nang Mera dan diberi kuasa sakti buluh tujuh bilah untuk selamat daripada raja gergasi.
Puteri Nang Mera
Puteri Nang Mera merupakan penghalang kepada Raja Gergasi untuk memasuki ke Negeri Selindungan Bulan kerana kuasa sakti yang dimilikinya. Mendapat mimpi apabila sedang beradu mimpinya memngenai burung merbuk putih dating hinggap ketangannya, tetapi disaat dia ingin mengusap burung itu , ia terbang.
Raja Gergasi
Pemerintah di benua Pakkain ingin menguasai negeri Selindunga bulan dengan mebunuh Putera Cahaya Bulan dan mengahwini Pemaisuri Nang Mera yang mempunyai sakti.
Peran
Awang Pengasuh dan Awang Selamat , dua watak ini merupakan pengasuh kepada Putera Cahaya Bulan dari kecil lagi, segala mengenai Putera Cahaya Bulan mereka tahu. Putera Cahaya bulan boleh bergurau dan memukul Peran berdua ini , tetapi Peran boleh bergurau tapi tidak memukul Putera Cahaya Bulan. Banyak membantu Putera Cahaya Bulan dalam menyelamatkan Negeri Selindungan Bulan. Menyampai berita mengenai musibah yang tiba di Negeri itu ke rakyat jelata.

Wak Nujum
Merupakan nujum kampung , yang merungkai mimpi Puteri Nang Mera. Melakukan jampi serapah yang tak berapa logik dari akal kerana ia hanya di improvasi dari skrip yang di sediakan secara tak langsungnya. Tetapi Wak Nujum melakonkan seakan dirinya dimasuki satu kuasa baru dalam tubuhnya, kerana setelah dia merungkai mimpi di Ladang Balai , badannya lemah.
Amat dan Senu
Pengikut Raja Gergasi , Amat mempunyai seruling Sakti yang boleh membuat orang yang medengarnya tertidur lena. Senu mempunyai perwatakan yang penakut dan loya buruk.
Edeng dan Epong
Edeng dan Epong merupakan kawan lam kepada PuCaBu yang disingkatkan oleh Epong iaitu Putera Cahaya Bulan. Edeng , Epong dan Putera Cahaya Bulan merupakan sahabat sewaktu belajar silat. Mereka bertemu kembali di hilir sungai melihat satu keranda emas yang membawa tubuh Putera Cahaya Bulan yang dikononnya di bunuh oleh Raja Gergasi dan dihanyutkan oleh Amat dan Senu atas arahan  Puteri Nang Mera sebagai syarat untuk membawa Puteri nang Mera ke Benua Pakkain.
Edeng dan Epong memulihkan Putera Cahaya Bulan dan membantu beliau menyelamatkan Puteri Nang Mera dari Raja Gergasi dan Negeri Selindungan Bulan.



PENARI DAN TARIAN (PERGERAKAN)
a)      Motif Gerak
Pusing satu pusingan selepas menyebut perkataan “iya..” seolah satu perjalanan menuju ke satu destinasi dan babak baru. Di iring pukulan gendang dan instrument tradisional. Kemudian selesai satu pusingan disebut lagi “iya..” muzik berhenti dan di sambung dengan lagu dinyanyikan oleh Puteri Nang Mera. Sebagai contoh muzik bertabuh dimainkan lagu  berjalan dimainkan. Di sertakan dengan bunga tari yang mempunyai pola lantai bulat , dengan kiraan 8 dengan gerakan tangan seperti menampi.
b)      Pola Lantai
Kebanyakannya , pola lantai adalah setempat ataupun bulat. Setiap gerakan mempunyai pola lantai tertentu seperti tarian semasa masuknya inang bertemu dengan Puteri Nang Mera. Mereka buat satu pusingan dan kemudian Puteri menyebut “iya..” muzik pun berhenti dan inang mula berdialog.
Selain itu , sewaktu Putera Cahaya Bulan ingin berjumpa dengan Awang Pengasuh. Dia menggunakn “iya..” untuk mulakan perjalan dan kemudian selesai satu pusingan dengan iringan muzik kemudian menyebut “iya..” untuk menunjukkan tiba ke destinasi dan iringan muzik pun berhenti.
c)      Gestura
Pergerakan dalam tarian Mek Mulung mempunyai satu gestura ketika berpusing setempat kemudian bergerak dan keluar pentas. Dari pandangan sendiri , tidak dapat dijumpai gestura tetap yang menunjukkan ia milik Mek Mulung , tetapi dari segi tarian ia ada satu gaya menampi .



KOSTUM
Putera Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mera mempunyai pakaian bewarna hijau, kuning dan merah jambu. Ahli silat Negeri selindungan bulan bewarna hijau dan kuning. Sebaliknya , ahli silat Raja Gergasi bewarna Merah dan Hitam.
Selain itu , peran dan wak nujum mempunyai satu topeng yang dipakai. Topeng itu bertujuan untuk membezakan watak antara peran , wak nujum. Raja Gergasi atau dikenal sebagai Tok Moh bagi pengikutnya mempunyai baju bewarna merah hitam. Semua pengikut Raja Gergasi memaki pakaian Hitam dan merah



KESIMPULAN
Pementasan Mek Mulung Putera Cahaya Bulan banyak memberi hiburan kepada pengunjung yang hadir ke Istana Budaya. Bayaran Tiket yang dikenakan sangat berbaloi dan terbayar kerana jalan cerita yang menarik dan lucu banyak memberikan penonton ketawa dan gembira, perjalanan selama dua jam sewaktu pemetasan berjalan tidak terasa. Sebagai seorang pelajar teater saya mengganggap setiap dialog yang dilafazkan banyak improvasi. Daripada pementasan Mek Mulung ini jalan ceritanya sama dengan Mak Yong perbezaannya dari segi bunga tari dan loghat(dialek) sahaja.



Bibilografi
http://www.mykedah2.com/10heritage/105_5_p2.htm