PENGENALAN
Pementasan
Mek Mulung Putera Cahaya Bulan di Istana Budaya lebih kepada tujuan hiburan
untuk tontonan ramai bagi pendidikan dan sosial pada masa kini mengenai teater
tradisional Mek Mulung. Pada awal kewujudan Mek Mulung di Legor Siam untuk
tujuan berubat lama kelamaan ia menjadi satu sumber hiburan dan pengumpulan
warga setempat untuk melihat acara berubat.
Persembahan
Mek Mulung hampir sama dengan Mak Yong yang berasal dari Kelantan dari segi
lakonan , nyanyian , tarian dan muzik serta watak-watak utama seperti Raja,
Pemaisuri , peran , istana dan sebagainya. Perbezaannya boleh dikenalpasti
melalui loghta(dialek) , busana , bunga tarian dan struktur persembahan.
Putera
Cahaya Bulan merupakan suami kepada Nang Mera. Nang Mera mendapat mimpi yang
disangak satu mimpi yang aneh, lalu Nang Mera meminta inang memberitahu kepada
Putera Cahaya Bulan untuk mengenal pasti mengenai mimpi itu.
Bahasa
yang digunakan adalah Bahasa Kedah tua dan sukar difahami bagi yang bukan
berasal dari Kedah. Loghat(dialek) yang digunakan perlu penelitian yang jelas
dalam mendengar. Pihak Istana budaya menyediakan satu skrin kecil untuk
menceritakan jalan cerita secara ringkas dalam sarikata Bahasa inggeris. Bagi pengunjung
luar tak kira dari Malaysia mahupun luar Negara dapat memahami dan berhibur
bersama menonton pementasan itu bersama.
FUNGSI
1.
Hiburan
Pementasan
Mek Mulung Putera Cahaya Bulan lebih kepada hiburan. Perkara ini kerana dari
mula buka gelanggang tiada bacaan mantera atau jampi serapah untuk memuja
sesuatu atau menyeru setrum untuk berubat ataupun membuang angin Mek Mulung.
Pementasan
Mek Mulung Putera Cahaya Bulan mempunyai pelbagai watak yang menarik perhatian
dan melucukan. Sebagai contoh Peran pengasuh Putera Cahaya Bulan iaitu Awang
Pengasuh dan Awang Selamat. Lakonan mereka lebih kepada improvasi dan banyak
menyentuh kehidupan pada masa kini.
Selain
itu , watak Edeng dan Epong juga mempunyai unsur lucu. Perwatakan mereka yang
bersahaja membuat penonton ketawa. Mempunyai sifat yang lembut dan bersahaja
mampu membuat seluruh istana budaya bergelak tawa. Walaupun mempunyai kuasa
sakti dalam ilmu persilatan tetapi ia tidak ditunjukkan secara logic mahupun
secara benar diatas pentas kerana pementasan itu sekadar untuk hiburan semata-mata.
Seluruh
jalan cerita tiada unsur yang mengaitkan pemujaan dan sepenuhnya untuk hibura
semata-mata. Setiap dialog yang dilafazkan lebih kepada improvasi. Dari segi social
, pelbagai peringkat umur yang menonton Pementasan Mek Mulung Putera Cahaya
Bulan. Secara rambang melalui apa yang dilihat , golongan dari universiti yang
ingin mendapatkan pengetahuan majority di dalam Istana Budaya. Seterusnya
diikuti golongan dewasa peringkat usia 40 tahun hingga 55 tahun menonton pementasan
tersebut dan selebihnya dating secara bekeluarga dan membawa anak-anak mereka.
Pementasan
Teater Mek Mulung Putera Cahaya Bulan juga untuk tujuan social dan pendidikan
secara tak langsung kepada penontong yang hadir.
PELAKON DAN LAKONAN
Putera
Cahaya Bulan
Putera
Cahaya Bulan merupakan pemerintah Negeri Selindungan Bulan dan suami kepada
Puteri Nang Mera dan diberi kuasa sakti buluh tujuh bilah untuk selamat
daripada raja gergasi.
Puteri
Nang Mera
Puteri
Nang Mera merupakan penghalang kepada Raja Gergasi untuk memasuki ke Negeri
Selindungan Bulan kerana kuasa sakti yang dimilikinya. Mendapat mimpi apabila
sedang beradu mimpinya memngenai burung merbuk putih dating hinggap
ketangannya, tetapi disaat dia ingin mengusap burung itu , ia terbang.
Raja
Gergasi
Pemerintah
di benua Pakkain ingin menguasai negeri Selindunga bulan dengan mebunuh Putera
Cahaya Bulan dan mengahwini Pemaisuri Nang Mera yang mempunyai sakti.
Peran
Awang
Pengasuh dan Awang Selamat , dua watak ini merupakan pengasuh kepada Putera
Cahaya Bulan dari kecil lagi, segala mengenai Putera Cahaya Bulan mereka tahu. Putera
Cahaya bulan boleh bergurau dan memukul Peran berdua ini , tetapi Peran boleh
bergurau tapi tidak memukul Putera Cahaya Bulan. Banyak membantu Putera Cahaya
Bulan dalam menyelamatkan Negeri Selindungan Bulan. Menyampai berita mengenai
musibah yang tiba di Negeri itu ke rakyat jelata.
Wak
Nujum
Merupakan
nujum kampung , yang merungkai mimpi Puteri Nang Mera. Melakukan jampi serapah
yang tak berapa logik dari akal kerana ia hanya di improvasi dari skrip yang di
sediakan secara tak langsungnya. Tetapi Wak Nujum melakonkan seakan dirinya
dimasuki satu kuasa baru dalam tubuhnya, kerana setelah dia merungkai mimpi di
Ladang Balai , badannya lemah.
Amat
dan Senu
Pengikut
Raja Gergasi , Amat mempunyai seruling Sakti yang boleh membuat orang yang
medengarnya tertidur lena. Senu mempunyai perwatakan yang penakut dan loya
buruk.
Edeng
dan Epong
Edeng
dan Epong merupakan kawan lam kepada PuCaBu yang disingkatkan oleh Epong iaitu
Putera Cahaya Bulan. Edeng , Epong dan Putera Cahaya Bulan merupakan sahabat
sewaktu belajar silat. Mereka bertemu kembali di hilir sungai melihat satu
keranda emas yang membawa tubuh Putera Cahaya Bulan yang dikononnya di bunuh
oleh Raja Gergasi dan dihanyutkan oleh Amat dan Senu atas arahan Puteri Nang Mera sebagai syarat untuk membawa
Puteri nang Mera ke Benua Pakkain.
Edeng
dan Epong memulihkan Putera Cahaya Bulan dan membantu beliau menyelamatkan
Puteri Nang Mera dari Raja Gergasi dan Negeri Selindungan Bulan.
PENARI DAN TARIAN (PERGERAKAN)
a) Motif
Gerak
Pusing satu pusingan selepas menyebut perkataan “iya..”
seolah satu perjalanan menuju ke satu destinasi dan babak baru. Di iring
pukulan gendang dan instrument tradisional. Kemudian selesai satu pusingan
disebut lagi “iya..” muzik berhenti dan di sambung dengan lagu dinyanyikan oleh
Puteri Nang Mera. Sebagai contoh muzik bertabuh dimainkan lagu berjalan dimainkan. Di sertakan dengan bunga
tari yang mempunyai pola lantai bulat , dengan kiraan 8 dengan gerakan tangan
seperti menampi.
b) Pola
Lantai
Kebanyakannya , pola lantai adalah setempat ataupun
bulat. Setiap gerakan mempunyai pola lantai tertentu seperti tarian semasa
masuknya inang bertemu dengan Puteri Nang Mera. Mereka buat satu pusingan dan
kemudian Puteri menyebut “iya..” muzik pun berhenti dan inang mula berdialog.
Selain itu , sewaktu Putera Cahaya Bulan ingin
berjumpa dengan Awang Pengasuh. Dia menggunakn “iya..” untuk mulakan perjalan
dan kemudian selesai satu pusingan dengan iringan muzik kemudian menyebut “iya..”
untuk menunjukkan tiba ke destinasi dan iringan muzik pun berhenti.
c) Gestura
Pergerakan dalam tarian Mek Mulung mempunyai satu
gestura ketika berpusing setempat kemudian bergerak dan keluar pentas. Dari pandangan
sendiri , tidak dapat dijumpai gestura tetap yang menunjukkan ia milik Mek
Mulung , tetapi dari segi tarian ia ada satu gaya menampi .
KOSTUM
Putera
Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mera mempunyai pakaian bewarna hijau, kuning dan
merah jambu. Ahli silat Negeri selindungan bulan bewarna hijau dan kuning.
Sebaliknya , ahli silat Raja Gergasi bewarna Merah dan Hitam.
Selain
itu , peran dan wak nujum mempunyai satu topeng yang dipakai. Topeng itu
bertujuan untuk membezakan watak antara peran , wak nujum. Raja Gergasi atau
dikenal sebagai Tok Moh bagi pengikutnya mempunyai baju bewarna merah hitam. Semua
pengikut Raja Gergasi memaki pakaian Hitam dan merah
KESIMPULAN
Pementasan
Mek Mulung Putera Cahaya Bulan banyak memberi hiburan kepada pengunjung yang
hadir ke Istana Budaya. Bayaran Tiket yang dikenakan sangat berbaloi dan
terbayar kerana jalan cerita yang menarik dan lucu banyak memberikan penonton
ketawa dan gembira, perjalanan selama dua jam sewaktu pemetasan berjalan tidak
terasa. Sebagai seorang pelajar teater saya mengganggap setiap dialog yang
dilafazkan banyak improvasi. Daripada pementasan Mek Mulung ini jalan ceritanya
sama dengan Mak Yong perbezaannya dari segi bunga tari dan loghat(dialek)
sahaja.
Bibilografi
http://www.mykedah2.com/10heritage/105_5_p2.htm