Wednesday, August 5, 2015

menuju ke 100 KG!!!

Assalammualaikum ,..

setelah sekian lama ... tak update pasal diri zaty kat korang kan,...
mesty ada yg nak tahu apalah jadi ngan zaty sekarang nih ,. makin kurus ke ?? bertambah gemuk ke ... 

hehehehehe . ingat x last post eyza kata berat eyza naik ... maklumlah stress ngan assingment ngan EX boyfriend bagai ... badan pon naik balik ... 

mesty ada yang nak tahu , eyza makan lagi tak ubat yang eyza makan sebelom nih ... 
eyza bukan taknak amik ... tapi eyza tak ada masa nak makan ubat tue ... 

kali ni .... eyza fikir eyza nak kurus je ... 

eyza akan pastikan 15/8 nih berat eyza adalah 100KG ... kalau eyza berjaya eyza akan struggle gila2 masa semester 3 untok dapat 4.00 dalam result PNGS sem depan ... ok...



gambar nih latest masa masuk sem 2 hari tu ... masa nih berat eyza 124 ... turun 10 KG dari berat 1st semester ... 134 kg .... sekarang berat eyza 118 KG .... ada 18 kg nk kena turunkan ... 

#izearainternational

Saturday, March 21, 2015

Asingment pill up ..(Huaaaa .. I gain Weight... NO!!!!!!)

assalammualaikum ,
ni hao 
annyonghaseyo 
konichiwa

wahhh ... nyh best update ever before aku nak menggilakan diri aku buat assingment ... serious .. assingment dh menggunung macam gunung kinabalu aku rasa , 
apa-apa pun , aku mesti kuat semangat , dengan berat aku naik 2KG sebab stress ngan pakwe aku ... huaaa 116 KG ... I can't gain weight ... zaty please focuse on your diet and study ...
huaaaa ... diet , diet diet , kurus kurus kurus ... kevin ashri ... tolong aku ,..
huaaa , susahnya lah nak maintain kan semua benda nyh ,,, susah weyh ... 
but keep it up don't give up ... aku perlu lose eight 20KG sebelum aku balik cuti mid sem nyh ,,,, 
huaaaaa , don't stress ,,, keep it up ... hwaiting ...

assingment aku akan siapkan kow minggu ni juga m cuti mid sem aku nak balik ...
rindu abg sayang aku ... dua bulan tak jumpa rasa macam dua abad ... huaaa ...
keep it up eyzaty ... hwaiting ... you are great daughter to your mom ...

Tuesday, March 17, 2015

JANJI KENA TUNAIKAN(LOST WEIGHT WEYH!!!!!)

assalammualaikum
hi
Ni Hao 
Annyonghaseyo 
Konichiwa

ha..... semua bahasa dah terkeluar ,... nih aku nak cerita pasal diet supplement aku nih ,. eh tak(II) pasal exercise aku di Universiti nih ... haduhai ... dengan kuliah lagi ngan aktiviti lagi ngan koko lagi beserabut otak aku ,. Ya Allah dekatkanlah diriku kepadamu Ya Allah Agar kurang serabut aku nih... as well aku kata aku lost 16 Kg dalam masa dua bulan kan ... semua tu atas usaha aku dan juga bantuan supplement dan kata(II) semangat daripada orang yang bagi kata(II) semangat ... yang dok perli aku .... what ever ... aku tak nak cakap banyak , aku tak nak janji kosong ... tunggu dan lihat ... 
especially family beside my dad.... uhhh.... aku tak nak cakap merapu lah haih...
ha... aku sebenarnya terkejut juga .... maklumlah jadi testimoni , takut juga tak berjaya ... and kepada yang duk hentam aku sebab aku makan supplement .... (HATERS KE??) takkan ... its on by own pemikiranlah kan... kannn... 
what ever ... 
badan aku paling berat 142KG ... ha,,, bayangkan ... macam mana aku nak bawa(II) badan guni beras , tong air biru, yang berat tue ke sana ke mari , pastu aku keje kedai makan ... lost x lost lah turun 136 kg ... adalah turun ... sampailah aku masuk U tue jugalah berat aku ... 
Kehidupan kat U hetic sikit plus tak ada kenderaan sendiri nak kemana-mana . terpaksa berjimat , kalau nak pergi ke pekan terpaksa lah ku bawa badan guni beras aku ni berjalan , sampai berat aku 130 kg ., maintain lah situ , sampai lah kawan aku perkenalkan ubat supplement dia , mula(II) tue ragu juga ,.. tapi aku punya azam yang berkurun lama nak kurus tue bangkit semula ,.. dan betul(II) berusaha ... aku try lah ...  
dan sekarang berat aku 114KG believe or not ?? 
hahahaha , I do Believe it because aku sendiri yang mengalaminya ... 
cuma .... ada cumanya ... aku kena banyak ber exercise kan lemak aku nih ... 
geram pulak aku ... akalu cuti sem haritu ada juga aku mencampak kan diri aku kat gym , kat U nih seganlah ,,,, 
tapi aku akan cuba indoor exercise without peralatan exercise ... aku percaya tahun nih aku boleh dapat berat ideal aku 45 KG ... 


gogo hwaiting eyzaty ... 
USAHA TANGGA KEJAYAAN

MULUT PUAKA KE AKU ?????(giving up of someone else)

assalammualaikum ,..
hai semua ... jap(II) ayat macam biasa .. Ni Hao , annyong ,.
korang rindu aku tak?? hahaha ... konon rindu ... 

aku malas nak membebel banyak sebab aku nak menulis banyak , 
first aku nak story pasal kejadian hari ni , aku dah tahu kenapa aku nio tak boleh bercakap bila ada orang lain tengah bercakap ... sebab aku akan terkasar bahasa dengan orang tu , tak kiralah sesiapa pun ., as well aku ni memang bukan cakap lepas , ,.(Yeke ???) hahahaha ,,, tak tahulah .. tapi yang aku tahu , bila aku cakap walaupun tak guna bad word still orang mengganggap aku perli dia ... huaaa .... please guys ,. i don't mean it ... i just let my thought out , but if you think like that its ok.,.. 

i"m nothing just human who can't say yes or no ... i have tu keep silent so no heart will hurt by my mouth ... 
I'm Sorry friend ... 
Just That!!!!

Sunday, March 8, 2015

Lose Weight (16 KG in 2 Months)

Assalammualaikum dan Salam sejahtera ... nak tambah lagi Annyonghaseyo , Ni Hao

ok ... aku nak cerita nyh .... mai dekat sikit ... 
as well you all tahu kan yang I ni gemuk kan ... so i nak cerita kat You all yg I dah mula Lose weight taw... I sendiri tengok muka I pon terkejut macam tak sangka je Pipi I tak macam Pau sangat
terasa jugalah badan tu ringan ., plus seluar pon ngah On The way dari saiz 42 ke 40 ... bak kata
pensyarah aku "slow-slow kayuh" Alhamdulilllah ... sikit-sikit dye turun ... sekarang aku tak pasti berat aku berapa sebab dah seminggu aku tak timbang ... tapi yang menariknya ... dalam masa 2 bulan aku lost 16 KG ,... interesting ok ,,, walaupun halangannya berat lah sebab aku makan supplement kuruskan badan plus exercise ... yang susahnya bukan supplement tue tapi syaratnya tuh , kena banyak minum air masak , haduh ,... sekurang-kurangnya 3 litre sehari ... tak ke kembang tekak aku minum air masak bebanyak macam tue ... tapi jujur lah aku cakap aku memang kuat minum air .... hahahahahaha.... 

sebenarnya tak susah pon nak lose weight nyh .,.,.. aku je dulu tak ada keyakinan tapi lelama , semangat tue ada , sebab keberanian aku untuk buang perasaan malu tue jauh-jauh , tapi tak ada aku buang sifat malu sebagai kaum hawa kepada kaum adam , masih ada batasnya tu tak tahu malu ... tapi ... aku berjaya ... bukannya diaorang nak pandang apa kita buat kat GYM tue ,.. dyeorang pon banyak benda nak buat .... huhuhu ... Insya -Allah dalam Semester 2 nyh aku boleh lost 40 KG ... InsyaAllah ... 

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Sunday, March 1, 2015

Laporan Mek Mulung 28.2.2015

PENGENALAN
Pementasan Mek Mulung Putera Cahaya Bulan di Istana Budaya lebih kepada tujuan hiburan untuk tontonan ramai bagi pendidikan dan sosial pada masa kini mengenai teater tradisional Mek Mulung. Pada awal kewujudan Mek Mulung di Legor Siam untuk tujuan berubat lama kelamaan ia menjadi satu sumber hiburan dan pengumpulan warga setempat untuk melihat acara berubat.
Persembahan Mek Mulung hampir sama dengan Mak Yong yang berasal dari Kelantan dari segi lakonan , nyanyian , tarian dan muzik serta watak-watak utama seperti Raja, Pemaisuri , peran , istana dan sebagainya. Perbezaannya boleh dikenalpasti melalui loghta(dialek) , busana , bunga tarian dan struktur persembahan.
Putera Cahaya Bulan merupakan suami kepada Nang Mera. Nang Mera mendapat mimpi yang disangak satu mimpi yang aneh, lalu Nang Mera meminta inang memberitahu kepada Putera Cahaya Bulan untuk mengenal pasti mengenai mimpi itu.
Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Kedah tua dan sukar difahami bagi yang bukan berasal dari Kedah. Loghat(dialek) yang digunakan perlu penelitian yang jelas dalam mendengar. Pihak Istana budaya menyediakan satu skrin kecil untuk menceritakan jalan cerita secara ringkas dalam sarikata Bahasa inggeris. Bagi pengunjung luar tak kira dari Malaysia mahupun luar Negara dapat memahami dan berhibur bersama menonton pementasan itu bersama.



FUNGSI
1.      Hiburan
Pementasan Mek Mulung Putera Cahaya Bulan lebih kepada hiburan. Perkara ini kerana dari mula buka gelanggang tiada bacaan mantera atau jampi serapah untuk memuja sesuatu atau menyeru setrum untuk berubat ataupun membuang angin Mek Mulung.
Pementasan Mek Mulung Putera Cahaya Bulan mempunyai pelbagai watak yang menarik perhatian dan melucukan. Sebagai contoh Peran pengasuh Putera Cahaya Bulan iaitu Awang Pengasuh dan Awang Selamat. Lakonan mereka lebih kepada improvasi dan banyak menyentuh kehidupan pada masa kini.
Selain itu , watak Edeng dan Epong juga mempunyai unsur lucu. Perwatakan mereka yang bersahaja membuat penonton ketawa. Mempunyai sifat yang lembut dan bersahaja mampu membuat seluruh istana budaya bergelak tawa. Walaupun mempunyai kuasa sakti dalam ilmu persilatan tetapi ia tidak ditunjukkan secara logic mahupun secara benar diatas pentas kerana pementasan itu sekadar untuk hiburan semata-mata.
Seluruh jalan cerita tiada unsur yang mengaitkan pemujaan dan sepenuhnya untuk hibura semata-mata. Setiap dialog yang dilafazkan lebih kepada improvasi. Dari segi social , pelbagai peringkat umur yang menonton Pementasan Mek Mulung Putera Cahaya Bulan. Secara rambang melalui apa yang dilihat , golongan dari universiti yang ingin mendapatkan pengetahuan majority di dalam Istana Budaya. Seterusnya diikuti golongan dewasa peringkat usia 40 tahun hingga 55 tahun menonton pementasan tersebut dan selebihnya dating secara bekeluarga dan membawa anak-anak mereka.
Pementasan Teater Mek Mulung Putera Cahaya Bulan juga untuk tujuan social dan pendidikan secara tak langsung kepada penontong yang hadir.
PELAKON DAN LAKONAN
Putera Cahaya Bulan
Putera Cahaya Bulan merupakan pemerintah Negeri Selindungan Bulan dan suami kepada Puteri Nang Mera dan diberi kuasa sakti buluh tujuh bilah untuk selamat daripada raja gergasi.
Puteri Nang Mera
Puteri Nang Mera merupakan penghalang kepada Raja Gergasi untuk memasuki ke Negeri Selindungan Bulan kerana kuasa sakti yang dimilikinya. Mendapat mimpi apabila sedang beradu mimpinya memngenai burung merbuk putih dating hinggap ketangannya, tetapi disaat dia ingin mengusap burung itu , ia terbang.
Raja Gergasi
Pemerintah di benua Pakkain ingin menguasai negeri Selindunga bulan dengan mebunuh Putera Cahaya Bulan dan mengahwini Pemaisuri Nang Mera yang mempunyai sakti.
Peran
Awang Pengasuh dan Awang Selamat , dua watak ini merupakan pengasuh kepada Putera Cahaya Bulan dari kecil lagi, segala mengenai Putera Cahaya Bulan mereka tahu. Putera Cahaya bulan boleh bergurau dan memukul Peran berdua ini , tetapi Peran boleh bergurau tapi tidak memukul Putera Cahaya Bulan. Banyak membantu Putera Cahaya Bulan dalam menyelamatkan Negeri Selindungan Bulan. Menyampai berita mengenai musibah yang tiba di Negeri itu ke rakyat jelata.

Wak Nujum
Merupakan nujum kampung , yang merungkai mimpi Puteri Nang Mera. Melakukan jampi serapah yang tak berapa logik dari akal kerana ia hanya di improvasi dari skrip yang di sediakan secara tak langsungnya. Tetapi Wak Nujum melakonkan seakan dirinya dimasuki satu kuasa baru dalam tubuhnya, kerana setelah dia merungkai mimpi di Ladang Balai , badannya lemah.
Amat dan Senu
Pengikut Raja Gergasi , Amat mempunyai seruling Sakti yang boleh membuat orang yang medengarnya tertidur lena. Senu mempunyai perwatakan yang penakut dan loya buruk.
Edeng dan Epong
Edeng dan Epong merupakan kawan lam kepada PuCaBu yang disingkatkan oleh Epong iaitu Putera Cahaya Bulan. Edeng , Epong dan Putera Cahaya Bulan merupakan sahabat sewaktu belajar silat. Mereka bertemu kembali di hilir sungai melihat satu keranda emas yang membawa tubuh Putera Cahaya Bulan yang dikononnya di bunuh oleh Raja Gergasi dan dihanyutkan oleh Amat dan Senu atas arahan  Puteri Nang Mera sebagai syarat untuk membawa Puteri nang Mera ke Benua Pakkain.
Edeng dan Epong memulihkan Putera Cahaya Bulan dan membantu beliau menyelamatkan Puteri Nang Mera dari Raja Gergasi dan Negeri Selindungan Bulan.



PENARI DAN TARIAN (PERGERAKAN)
a)      Motif Gerak
Pusing satu pusingan selepas menyebut perkataan “iya..” seolah satu perjalanan menuju ke satu destinasi dan babak baru. Di iring pukulan gendang dan instrument tradisional. Kemudian selesai satu pusingan disebut lagi “iya..” muzik berhenti dan di sambung dengan lagu dinyanyikan oleh Puteri Nang Mera. Sebagai contoh muzik bertabuh dimainkan lagu  berjalan dimainkan. Di sertakan dengan bunga tari yang mempunyai pola lantai bulat , dengan kiraan 8 dengan gerakan tangan seperti menampi.
b)      Pola Lantai
Kebanyakannya , pola lantai adalah setempat ataupun bulat. Setiap gerakan mempunyai pola lantai tertentu seperti tarian semasa masuknya inang bertemu dengan Puteri Nang Mera. Mereka buat satu pusingan dan kemudian Puteri menyebut “iya..” muzik pun berhenti dan inang mula berdialog.
Selain itu , sewaktu Putera Cahaya Bulan ingin berjumpa dengan Awang Pengasuh. Dia menggunakn “iya..” untuk mulakan perjalan dan kemudian selesai satu pusingan dengan iringan muzik kemudian menyebut “iya..” untuk menunjukkan tiba ke destinasi dan iringan muzik pun berhenti.
c)      Gestura
Pergerakan dalam tarian Mek Mulung mempunyai satu gestura ketika berpusing setempat kemudian bergerak dan keluar pentas. Dari pandangan sendiri , tidak dapat dijumpai gestura tetap yang menunjukkan ia milik Mek Mulung , tetapi dari segi tarian ia ada satu gaya menampi .



KOSTUM
Putera Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mera mempunyai pakaian bewarna hijau, kuning dan merah jambu. Ahli silat Negeri selindungan bulan bewarna hijau dan kuning. Sebaliknya , ahli silat Raja Gergasi bewarna Merah dan Hitam.
Selain itu , peran dan wak nujum mempunyai satu topeng yang dipakai. Topeng itu bertujuan untuk membezakan watak antara peran , wak nujum. Raja Gergasi atau dikenal sebagai Tok Moh bagi pengikutnya mempunyai baju bewarna merah hitam. Semua pengikut Raja Gergasi memaki pakaian Hitam dan merah



KESIMPULAN
Pementasan Mek Mulung Putera Cahaya Bulan banyak memberi hiburan kepada pengunjung yang hadir ke Istana Budaya. Bayaran Tiket yang dikenakan sangat berbaloi dan terbayar kerana jalan cerita yang menarik dan lucu banyak memberikan penonton ketawa dan gembira, perjalanan selama dua jam sewaktu pemetasan berjalan tidak terasa. Sebagai seorang pelajar teater saya mengganggap setiap dialog yang dilafazkan banyak improvasi. Daripada pementasan Mek Mulung ini jalan ceritanya sama dengan Mak Yong perbezaannya dari segi bunga tari dan loghat(dialek) sahaja.



Bibilografi
http://www.mykedah2.com/10heritage/105_5_p2.htm